Walaupun berwajah garang dan sering disangka sombong, pelakon dan usahawan Syatilla Melvin tidak mahu orang ramai berasa segan untuk menegur sekiranya terserempak dengannya.

Artikel Berkaitan: ‘Ibu Bagi RM300 Untuk Survive Sendiri Hidup Di Kuala Lumpur’ – Syatilla Melvin

Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’

Muka garang

View on Threads

Menurut pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, dia sering disalah anggap kerana wajahnya yang kelihatan serius.

Bagaimanapun, Syatilla berkata dia tidak keberatan sekiranya ada yang mahu menegurnya ketika bertemu.

Saya nampak komen tadi, terjumpa saya dekat pusat beli-belah dekat Queensbay tapi muka masam monyok.

Saya memang ada masalah dengan muka saya yang nampak keras, sombong dan ‘minta kaki’.

Awak tegur sahaja saya, saya okay saja.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan aktres itu.

Komen netizen

Sumber: Threads