berita

‘Saya Memang On Off Bertudung…’ – Ernisha Akui Iman Goyang, Ragui Keputusan Berhijab

January 24th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi


Nama Erni Nurshahira mula menjadi bualan ramai selepas videonya berhibur bersama dua lagi bekas Dewi Remaja tersebar. Ramai yang terkejut melihat ‘aksi’ tambahan pula Erni dikenali dengan imej bertudung.

Menerusi Astro Awani, Erni memberitahu kontroversi kelab malam bukanlah alasan untuknya membuka tudung. Dia mengakui sebelum ini dia memang on and off.

Saya memang on off hijab

Menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya, Erni buat masa ini mahu muhasabah diri terlebih dahulu. Dia turut mendedahkan sebelum ini dia memang on dan off hijab.

Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.

Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.

Tambahnya lagi, isu ini merupakan detik paling sukar dalam hidup dan pilihannya bergaul dengan individu yang tidak sepatutnya amat dikesali.

Jangan mudah terlalu percaya orang

Didatangi individu memberikan nasihat dan kata-kata semangat, Erni memohon agar didoakan dirinya kekal berhijab.

Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan.

Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh ini saya akan isikan diri dengan pelbagai ilmu seperti lakonan, pengacaraan atau nyanyian.

Doakan saya terus kuat menghadapi dugaan ini. Satu pengajaran saya dapat daripada insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri.

Tambah Erni lagi, insiden ini memberi pengajaran kepadanya agar tidak mudah percaya orang walaupun sahabat baik sendiri.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×