berita

‘Saya Memang Tak Akan Curang Lagi..’ – Shuk Sahar

April 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setelah dua kali ‘kantoi’ dengan isterinya, Shuk Sahar telah berjanji untuk tidak akan curang lagi terhadap isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera.

Artikel berkaitan : ‘Kalau Diam Sampai Mati Makan Hati!’ – Isteri Shuk Nafi Buat Video TikTok Perli Netizen

Artikel berkaitan : Sempat ‘Bergurau’ Nak Kahwin Lagi, Netizen Nampak Sera Kurang ‘Selesa’ Shuk Buat Surprise

Artikel berkaitan : Dituduh Terlampau ‘Mudah’ Maafkan Suami, Isteri Shuk Balas Kecaman Netizen

Bekas penyampai radio Hot FM ini memaklumkan tidak mahu insiden hitam ini berulang lagi dan ingin sentiasa pandang ke depan.

Rasa kesal dengan apa yang berlaku

Seperti kontroversi yang terpalit ke atas dirinya itu, pelawak dan pengacara ini telah mengakui rasa kesal dengan apa yang telah berlaku yang menyebabkan dirinya berdepan dengan masalah rumah tangga serta hilang sumber pendapatan.

Ya, sudah tentu saya memang tak akan curang lagi. (Kerana curang) saya jatuh terduduk, saya hilang gaji setahun dan semasa tu pulak baru berpindah rumah.

Menghargai semangat dan kecekalan isteri

Akibat daripada kisah kecurangnya itu, Shuk cuba untuk memulihkan hubungan bersama isterinya dengan menghantar rombongan ‘meminang’ untuk memujuk isterinya semula dan kini mereka telah kembali tinggal sebumbung.

Shuk juga mengatakan dia menghargai semangat dan kecekalan isterinya itu kerana sedia mempertahankan hubungan mereka walaupun telah banyak menerima tekanan daripada pihak luar.

Jika kena batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Allah SWT hanya akan uji seseorang itu mengikut kemampuannya.

Sumber : Malaysiakini

SKIP THIS AD ×