Pelakon India Mohini mendedahkan kisah silamnya apabila dipaksa memakai baju renang demi menjayakan sebuah babak yang membuatkan dirinya sendiri tidak selesa.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Menjaga Batas & Penampilan Agar Tidak Terlalu Mencolok Mata’ – Dottie

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’

Dipaksa pakai seksi

Memetik laporan NDTV, Mohini berkeras untuk tidak melakukan seperti apa yang dituntut pengarah bagi menjayakan muzik video ‘Udal Thazhuva’ di bawah arahan RK Selvamani berjudul Kanmani.

Bagaimanapun, penjelasannya tidak dihiraukan dan menjayakan babak yang dirancang tanpa kerelaan.

Pengarah RK Selvamani merancang babak berbikini itu. S

Saya rasa sangat tak selesa, malah saya menangis dan menolak untuk melakukannya sehingga penggambaran tertangguh setengah hari. 

Saya cuba jelaskan yang saya tidak pandai berenang, apatah lagi mengenakan pakaian seksi di depan jurulatih lelaki.

Ketika itu jurulatih wanita sangat kurang. Saya memang tak sanggup, tapi dipaksa juga untuk buat.

Dipaksa kali kedua

Sumber: karmasakhti

Tidak berhenti disitu, bintang filem Tamil dan Malayalam itu diminta untuk melakukan babak yang sama di lokasi lain.

Tegasnya, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulang babak tersebut walaupun dimaklumkan penggambaran tidak akan diteruskan.

Saya berkeras kali ini dan menolak permintaan itu.

Walaupun mereka kata penggambaran tak dapat diteruskan, itu bukan masalah saya.

Kadang-kadang perkara terjadi di luar kehendak kita dan inilah contohnya.

Pada akhir perkongsian, Mohini memaklumkan kontroversi yang timbul mendapat lebih perhatian berbanding bakat lakonannya dalam filem ‘Kanmani’.

Sumber: NDTV