berita

‘Saya Mengaku Sangat Rindukan Papa…’ – Nabila Huda Dedah 3 Tahun Tak Jumpa Amy Search

August 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Jun lalu pelakon berkarakter Nabila Huda meluahkan kekesalannya apabila tidak dapat beraya bersama dengan bapanya, Amy Search untuk tahun ketiga. Luahan itu dibuat menerusi Instagram story dipercayai ditujukan seorang individu namun tidak disebut namanya.

Artikel berkaitan: ‘Sebabkan Kau Lagi, Tahun Ni Tahun Ketiga Aku Tak Beraya Dengan Bapak Aku’ – Nabila Huda

Terbaru, Nabila mendedahkan sesuatu yang mengejutkan dalam satu temubual bersama Berita Harian, tempoh hari.

Masalah tak pernah selesai

Nabila mengatakan dia sudah 3 tahun tidak bertemu dengan legenda rock itu dan tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya kepada si bapa. Tambahnya, dia sendiri tidak pasti sama ada masalah antara mereka akan selesai atau kekal seperti itu.

Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti… Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa… Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya.

Sudah tawar hati

Ujar Nabila lagi, dia sudah tidak mahu lagi ambil kisah dengan apa yang berlaku. Dia juga tidak lagi ingin bercakap berkenaan isu itu dan berharap ianya akan tamat di situ. Dia lebih mahu untuk menumpukan perhatian kepada keluarga suami, Mohd Izwan Johar.

Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ.

Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×