
Usahawan Siti Jamumall membela dirinya apabila terdapat seorang individu mempersoalkan tindakannya menaiki kenderaan selepas selesai urusan di mahkamah.
Artikel Berkaitan: Siti Jamumall Pernah Berdepan Saman RM30 Juta Jual ‘Perfume Imitation’ – ‘Ketika Itu Kami Tak Tahu Salah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dah Bujang Nanti, Saya Nak Kahwin Lagi’ – Siti Jamumall
Naik kereta
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti dilihat sedang berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebelum menaiki sebuah kenderaan selepas selesai sebutan kedua pengesahan perceraian pada Isnin.
Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang melihat Siti menaiki kereta manakala Aiman pula didakwa hanya berjalan kaki ke mahkamah.
Aiman juga steady, jalan kaki je. Siti siap order Grab Vellfire.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Situ Suriani Wahiddin itu kemudian mempertahankan dirinya.
Nak komen apa pun tak tahu la.
Kita mengandung tak larat nak jalan jauh dah.
Netizen ‘backup’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong Siti kerana memahami keadaannya yang sedang berbadan dua sekaligus membataskan pergerakan fizikal.
Hari itu Siti jalan kaki mereka tanya kenapa tak order Grab, dah naik kereta cakap lain pula.
Siti lepas ini naik helikopter, biasalah mereka ni tak faham orang mengandung tak larat dan cepat penat.
Kenapa pula kalau Aiman jalan kaki? Dia mengandung juga ke macam Siti?
Jalan kaki salah, naik kereta pun salah. Senang kau dukung je lah Siti tu.
Elok la Siti naik kereta, risau baby dalam kandungan. Takkan tergamak nak biar ibu mengandung jalan kaki?
Terdahulu, perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman atau nama lengkapnya Khairul Aiman Abdul Kudus menjadi perhatian selepas usahawan itu diceraikan di hadapan umum menerusi siaran langsung di TikTok.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan itu bercerai selepas pernah rujuk semula.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai selepas tiga tahun. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Sumber: TikTok Siti Jamumall