berita

“Saya Mengharapkan Agar Shila Terus Bertudung Sampai Bila-bila” – Ibu Shila Amzah

August 8th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semua sedia maklum bahawa Shila Amzah telahpun menukar penampilannya kepada seorang gadis yang bertudung, setelah 15 hari melepasi tempoh percubaan. Oleh itu, menerusi pihak Media Hiburan Online, ibu Shila Amzah telah mengucapkan rasa terharu dan syukur atas perubahan yang telah dilakukan oleh anak perempuannya.

Menurut ibu Shila, sebelum Shila mengambil keputusan untuk terus bertudung, beliau terlebih dahulu meminta pendapat daripada ibu dan ayahnya, N.D Lala mengenai keputusan yang bakal dilakukan.

Sebelum ini Shila risau sekiranya beliau bertudung, ia akan menjejaskan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, atas nasihat ibu bapanya yang menyatakan bahawa “rezeki semuanya datang dari Allah S.W.T.” Oleh itu, apa yang tertulis menjadi milik umatnya, pasti akan terjadi dan begitu juga sebaliknya.

Pada masa yang sama, ibu Shila turut berharap agar anaknya akan terus bertudung dan beliau bersyukur atas keputusan drastik yang dilakukan oleh Shila.

“Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila,” ujar ibunya lagi.

Tambah ibunya lagi, kini dia dan anak gadisnya sedang gila “shopping” tudung dan sudah beberapa kali pergi ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat anaknya, Shila.

SKIP THIS AD ×