Penyanyi Ariff Bahran mengakui mengalami kerugian hampir setengah juta selepas pihak penganjur gagal membawa kumpulan Sheila On 7 (SO7) untuk mengadakan konsert di Malaysia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Artis Seberang Sanggup Keluarkan Sampai RM40k, Tapi Bayaran Artis Lokal Kita Sedih’ – Ariff Bahran

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Nak Makan Apa?’ – Ariff Bahran Dedah Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu

Ariff belajar dari kesilapan

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Ariff atau pemilik nama Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari menjelaskan bahawa tindakannya melabur sejumlah wang yang besar bukanlah dilakukan tanpa usul periksa.

Saya menghormati pengalaman anda, tetapi itu tidak memberi hak untuk memperlekehkan orang lain. Anda tidak tahu cerita sepenuhnya.

Pelantun lagu Kata Akhirmu ini turut mengakui kesilapannya sebagai orang baru dalam industri penganjuran acara dan menyifatkan kejadian ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Saya mempunyai alasan yang kukuh dan tidak akan melaburkan jumlah yang besar tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Saya mengaku, saya masih baru. Saya telah belajar daripada kesilapan ini, tetapi tolong kekalkan rasa hormat wahai ‘otai konsert’

Sebelum ini, penganjur konsert berpengalaman iaitu Iman Tang berpendapat bahawa mempercayai individu luar adalah satu tindakan yang kurang bijak, terutamanya apabila melibatkan urusan penganjuran konsert berskala besar.

Susulan itu, netizen mendakwa hantaran di Instagram Story berkait rapat dengan pendedahan Ariff.

Nak jadi Hero, nak surprise 1 Malaysia kan, Kau pun bodo* dan bingai pergi percaya bulat-bulat scammer.

Ujarnya, jika urusan membawa masuk artis besar itu semudah yang disangka, sudah tentu ramai pihak lain telah melakukannya sejak dahulu lagi.

Pada Selasa, Ariff mendedahkan dia dan rakan-rakannya mengalami kerugian RM425,000 gara-gara ditipu penganjur acara.

Malah individu tersebut dikatakan menghilangkan diri dan gagal memulangkan semula wang tersebut seperti yang dijanjikan.

Sumber: Threads Ariff Bahran, Instagram Iman Tang