
Usahawan popular Kak KM menjelaskan tentang isu beg tangan mewah miliknya yang didakwa daripada jenama boikot.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Dipuji Manis Bertudung, Netizen Doakan Untuk Istiqamah – ‘Ikhlas Cakap, Cantik Sangat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Berhabis RM50,000 Beli Sejadah – ‘Beg Tangan RM60k Boleh Beli’
Penjelasan Kak KM
Ketika dihubungi OhBulan!, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli, memohon maaf di atas dakwaan menggunakan beg tangan mewah tersebut semasa menghadiri ke sebuah majlis.
Tidak cepat melatah, Kak KM mengakui kekhilafannya dan menerima semua teguran daripada warganet.
Saya minta maaf, saya betul-betul lalai.
Saya tidak salahkan netizen atas teguran mereka kerana itu memang kesalahan saya.
Semasa saya sedang bersiap, orang keliling saya pun terlupa untuk mengingatkan saya tentang beg itu. Jadi saya pun terus ambil beg dan bergegas ke majlis tersebut.
Menurut Kak KM, beg tangan itu dibeli sebelum gerakan boikot barangan dari Israel giat dijalankan dan bukan pembelian baharu.
Sebenarnya beg itu sudah lama saya beli dan saya guna sejak bertahun-tahun lagi.
Tetapi semenjak ada (gerakan) boikot, saya tidak pernah beli lagi dari jenama-jenama berkenaan.
Lebih cakna

Justeru, anak kepada aktress Normah Damanhuri berkata, selepas ini dia akan lebih cakna dengan membuat semakan terlebih dahulu.
Selepas ini saya akan lebih lebih berhati-hati sebelum guna atau membeli barangan.
Saya akan semak semula jenama-jenama yang diboikot sebelum mengunakannya.
Sementara itu, sebagai saudara sesama Islam, Kak KM menyeru semua pihak untuk tetap memanjatkan doa buat penduduk di Palestin yang berdepan dengan ujian peperangan.
Kita tak Sumud di lautan tetapi kita boleh Sumud di darat.
Sedih saya tengok makanan dan air pun mereka tak dapat.
Jadi kita kena sama-sama mendoakan mereka minta supaya Allah mempermudahkan semuanya.
Terdahulu, Kak KM telah menyorot perhatian warganet selepas memakai beg tangan berjenama mewah ketika hadir ke sebuah majlis keagamaan dan kemanusiaan baru-baru ini.








