berita

‘Saya Mohon Kalian Doa Untuk Mama Saya’ – Ibu Elyana Positif Covid-19

August 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi Elyana memberitahu bahawa ibunya telah dijangkiti Covid-19 dan meminta agar orang ramai mendoakan ibunya.

Ibu Elyana positif Covid-19

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal memaklumkan bahawa ibunya disahkan positif Covid-19 pada hari ini.

Assalamualaikum. Hari ini Mama saya Shamsidar binti Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan diberikan kekuatan untuk melawan sakit ini.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini mengatakan bahawa ayah serta adik lelakinya turut tinggal bersama ibunya itu.

Tolong jangan putus berdoa untuk mama saya dan kami sekeluarga daripada tidak dijangkiti Covid-19 terutamanya bapa saya yang duduk satu rumah dengan mama saya dan juga adik lelaki saya. Terima kasih banyak saya sayang korang semua.

Sembuhkan lah ibu yang melahirkan ku Shamsidar Binti Alias daripada penyakit. Dan kau lindungilah Ayah ku Emrizal bin Shamsudin yang sedang menjaga ibuku,daripada terkena jangkitan. Serta jauhkan lah adik lelaki ku Eizad Ezmeer dari berjangkit.

‘Please doakan mama saya’

Sumber : elyanaofficial 

SKIP THIS AD ×