berita

‘Saya Mohon Maaf Kurang Jaga Sensitiviti’ – Neelofa

April 9th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selebriti serta pengaca terkenal Neelofa akhirnya memohon maaf rentetan kes rentas negeri ke Langkawi yang didakwa tidak menjaga sensitiviti tatkala negara masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Mohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP

Menurutnya, dia telah membuat permohonan maaf menerusi rakaman video yang telah dihantar kepada media pada hari ini.

Walau bagaimanapun, dia bersama suaminya  menyedari yang sepatutnya mereka perlu menunjukkan contoh yang baik namun terlepas pandang dalam banyak perkara.

Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak.

Saya serta suami mengakui dan menerima dengan hati yang terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

Segala urusan sudah selesai

Neelofa juga memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti mengenai hal yang telah berlaku.

Dia juga memaklumkan bahawa keluarga kedua-dua pihak termasuk keluarga belah suaminya itu telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung isu pelanggaran SOP majlis perkahwinannya itu yang berlangsung pada 27 Mac lalu.

Saya mohon maaf kurang jaga sensitiviti berkaitan hal ini.

Video penuh :

SKIP THIS AD ×