Pelakon Shaza Bae berkongsi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar plaza tol Bangi, pada malam Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Beritahu Saya Terlalu Kacak Untuk Jadi Wanita, Siap Cakap Cair Lihat Watak Sam’ – Shaza Bae
Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah’ – Rakaman Suara Detik Cemas Juruterbang Nahas Elmina
Shaza terlibat dalam kemalangan
@shazabae will delete this later: Kejadian semalam selepas pulang shooting jam 9.59pm di bdr baru bangi. This ford was driving so fast and hit the axia car infront of us causing the axia to “twirl” and hit my assistant’s car and causes a few other accidents. Total kereta yang terlibat dalam kemalangan ada 4. The lady in the axia was PREGNANT. We still don’t know what’s her status. The ford driver was apparently drunk. I could have died last night but alhamdulillah Allah Maha Pelindung. ? moral of the story: PLEASE DON’T DRIVE WHEN YOU’RE DRUNK. BE RESPONSIBLE WHEN DRIVING. DON’T KILL OTHER INNOCENT LIVES. #fyp ? original sound – ShazaBae
Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 29, insiden yang hampir meragut nyawanya itu berpunca daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang pemandu mabuk.
Waktu itu saya baru pulang daripada menjalankan penggambaran. Ada sebuah kerete Ford melanggar Axia di hadapan kami sehingga menyebabkannya berpusing dan melanggar kereta pembantu peribadi saya dan kereta lain.
Tambah Shaza lagi, kemalangan itu membabitkan empat buah kenderaan termasuk seorang pemandu wanita yang sedang hamil.
Kami juga belum tahu status terkini wanita hamil yang memandu kereta Axia. Pemandu kereta Ford itu mabuk. Saya boleh mati dalam kemalangan tetapi Allah Maha Pelindung.
Susulan daripada kejadian itu, pelakon drama Aku Bukan Ustazah ini sempat menitipkan pesan dan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati di jalan raya dan jangan sesekali memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol.
Pengajaran daripada insiden ini, jangan memandu dalam keadaan mabuk.
Tolong bertanggungjawab apabila memandu. Jangan bunuh orang lain yang tidak bersalah.
Sumber: TikTok ShazaBae