berita

‘Saya Nak Bersihkan Nama Saya & Dia’ – Intan Najuwa Sah Putus Tunang

February 26th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kira-kira 8 bulan pelakon Intan Najuwa dan Razrul Anwad Rusli mengikat tali pertunangan, akhirnya pelakon drama Tuan Danial mendedahkan hubungan mereka telah berakhir. Kelihatan juga foto di majlis pertunangan bersama lelaki itu juga sudah diturunkan dari Instagram Intan Najuwa.

Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan

Bagaimanapun, Intan Najuwa menyifatkan perhubungan mereka itu sebagai tiada jodoh dan mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan setelah perbincangan dilakukan kedua pihak. Malah, pelakon wanita itu juga tidak mahu Razrul terpalit dengan sebarang kontroversi dalam industri seni.

Hubungan saya dan dia sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.

Baru berpisah itu, biarlah kami saja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tidak mahu dia terpalit dengan kontroversi sebab dia pun bukan dalam bidang ini.

Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan.

Jangan judge dengan apa yang terjadi

Malah, dia turut memohon agar orang ramai tidak menjatuhkan hukum dengan mudah berdasarkan apa yang terjadi dalam perhubungan ini.

Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan jangan judge dengan apa yang terjadi.

Apa yang berlaku diluar kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Jodoh dan maut di tangan Tuhan.

Sumber: MH

SKIP THIS AD ×