berita

‘Saya Nak Jadi Askar’ – Cikgu Kongsi Kisah Sedih Anggota Tentera Maut Dalam Kemalangan

June 24th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Satu tragedi kemalangan melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah meragut tiga nyawa dan seorang cedera parah. Menerusi laporan Harian Metro, anggota tersebut dalam perjalanan menghantar peluru ke Kota Kinabalu sebelum lori yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Ranau, Tamparuli Sabah.

Salah seorang mangsa, Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan merupakan seorang yang bercita-cita menjadi anggota tentera sejak dari bangku sekolah. Kisah sedih arwah diceritakan sendiri oleh bekas gurunya iaitu Jembia Hassan Hussin menerusi laman Facebook.

Saya nak jadi askar, cikgu

“Saya suka cikgu dan pengakap. Sebab saya nak jadi askar cikgu.” Arwah… Tergiang-ngiang lagi suaranya. Kita bermahaban bersama-sama. Kita camping atas puncak Gunung Lambak, kita masak sup daging kambing atas gunung. Lepas ni kita camping berbasikal dan bermalam di Gunung Lumut. Sedar-sedar bila subuh arwah dah tidur sebelah kita.

“Cikgu kita tengok pameran PUTD boleh?” Arwah.. Ok Daus. Arwah aktif koko dan berkawad daerah, dapat no 3 peringkat daerah. Anak murid ketika saya di SSAJ.

Hari ni beliau pergi buat selamanya. Kemalangan dalam bertugas. Pengorbanan demi negar Laskar Kanan TLDM Allahyarham Firdaus. Cikgu doakan rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Menurutnya, arwah merupakan seorang yang aktif dalam bidang kokorikulum sekolah. Arwah sangat rapat dengannya dan sering melakukan aktiviti berkhemah bersama. Selain itu, arwah dikatakan aktif dalam unit beruniform pengakap kerana bercita-cita untuk menjadi seorang anggota tentera pada masa akan datang. Akhirnya cita-cita arwah tercapai. Namun Allah lebih sayangkan arwah dan menjemputnya menghadap Ilahi ketika dia sedang bertugas demi negara.

Punca nahas masih disiasat

Tiga mangsa maut dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu menggunakan lori polis.

Mangsa cedera parah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Ranau menggunakan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Punca kejadian dalam siasatan polis manakala operasi ditamatkan pada 3.20 petang.

Berkaitan kejadian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. Kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam. Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk dibedah siasat. Manakala, seorang lagi yang parah di hantar ke Hospital Ranau untuk menerima rawatan.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×