berita

‘Saya Nak Kahwin Dengan Mama’ – Kejujuran Anak Arwah Juruterbang MH17 Buat Kami Sebak

November 3rd, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Peritnya kehilangan orang tersayang hanya mampu difahami apabila kita menanggung sendiri deritanya. Tentu lebih berat ujian itu jika terpaksa menanggungnya seawal umur setahun jagung. Namun dugaan itulah perlu dihadapi Abderrahman Hakimi, 4 tahun yang kini bergelar anak yatim.

Abderrahman adalah anak tunggal kepada arwah juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi. Pesawat malang itu terhempas dibedil di timur Ukraine pada 2014 dan mengorbankan 283 penumpang dan anak kapal.

Nak kahwin mama…

I want to marry mama.

Jika ditanya kanak-kanak seusianya, jawapan cita-cita apabila meningkat dewasa sudah tentu termasuklah bomba, polis, doktor atau paling tidak pun menjadi adiwira kegemaran seperti Ultraman atau Superman, namun tidak bagi Abderrahman.

Dia mengatakan mahu ‘mengahwini’ ibunya apabila ditanya apakah cita-citanya nanti. Ibunya, Sharifah Asma’a Syed Alwi berkata, pengakuan itu dibuat mungkin kerana anaknya itu selesa dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang pandai melayan karenahnya.

Mereka ditemukan dalam majlis menyampaikan sumbangan bagi anak-anak mangsa kecelakaan MH17 dan MH370 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 November lalu.

Kemesraan Hishammuddin buat Abderrahman selesa

Mungkin Datuk Seri Hishammuddin yang mesra dan membiarkan Abderrahman di ribaannya membuatkan dia cepat selesa dan mengatakan ‘cita-citanya’ itu. Sebab itulah bila Datuk Seri depang tangan, dia berlari untuk memeluknya. Begitulah Abderrahman, anak yang penyayang.

Menurut ibunya lagi, Abderrahman mengatakan ingin mengikut jejak langkah si ayah menjadi juruterbang namun akan akan berubah fikiran jika tidak ditanya, berkemungkinan dia masih terlalu mentah untuk memahami.

Kami di OhBulan! mendoakan yang terbaik untuk Abderrahman, nanti kenduri jangan lupa jemput Datuk Hishammuddin ya?

Sumber: New Straits Times , H2o Comms

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×