
Pembantu peribadi menyifatkan pelakon jelita Anna Jobling sebagai seorang wanita kuat yang mengharungi pelbagai ujian hidup.
Artikel Berkaitan: Private: ‘Kerja Penat, Kawan & Keluarga Buat Saya Gembira’ – Anna Jobling Jelas Hubungan Rapat Dengan Karel Susanteo
Artikel Berkaitan: Peguam Perjelas Mengenai Perintah Injuksi, Tunjuk Bukti Ibu Anna Jobling Bukan Dihalau Keluar Kereta
Wanita kuat
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, dilihat ulang siar atau ‘repost’ ucapan ulang tahun kelahirannya.
Pada ucapan itu, pembantu peribadi pelakon berusia 24 tahun itu memberi bayangan mengenai Anna yang mengharungi ujian disebabkan seorang individu.
Bagaimanapun, Anna dikagumi dengan sifatnya yang terus kedepan tanpa berputus asa.
Selamat hari lahir bos AJ.
Terima kasih sebab selalu beri layanan baik pada saya sepanjang setahun lebih menjadi pembantu peribadi.
Walaupun kadang-kadang kita ada sedikit salah faham. Saya ada ketika jatuh bangun awak.
Saya nampak awak melalui kesakitan yang disebabkan oleh seseorang tapi awak tetap kuat dan terus maju ke hadapan.
Dan itu adalah perkara yang saya kagumi.
Saya juga menghargai waktu awak membela saya ketika orang cuba memalukan saya.
Dalam pada itu, pembantu peribadi turut menitipkan doa agar Anna sentiasa dikurniakan kesihatan dan rezeki melimpah ruah dalam setiap langkahnya.
Terdahulu, kemelut hubungan antara Anna dan ibunya menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh anaknya, termasuk digelar seperti anjing kurap dan dihalau keluar dari kereta oleh peguam Anna.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Ariz juga mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksi terhadapnya.
Sumber: Instagram @annajobling