berita

Saya Nampak Kesedihan Beliau – Nadia Aqilah Selami Perasaan Zaiton Sameon

October 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Filem pertama “Zaiton Ceritaku” mengisahkan tentang kerjaya seorang diva yang lupa diri apabila selesa dengan kerjaya semasa zaman kegemilangannya. Dalam “Zaiton Ceritaku”, konflik permasalahan antara adik-beradik, kehidupan, wang ringgit, belas kasihan dikupas untuk menyedarkan pihak individu di dunia ini tanpa mengaibkan sesiapa.

Di dalam “Zaiton Ceritaku” ini, idea utama sepenuhnya diperolehi daripada kisah benar Zaiton Sameon dan diolah menjadi sebuah cerita yang sebetulnya daripada kaca mata pemandangan Zaiton Sameon sendiri. Permulaan cerita dimana Zaiton Sameon lakonan Nadia Aqilah Bajuri atau lebih dikenali dengan nama Nadia Aqilah, 24 tahun, seorang diva popular yang lupa diri atas kekayaan yang dimiliki. Namun, akibat satu insiden teruk pada tahun 1990, beliau telah kehilangan harta yang paling bernilai dengan sekelip mata, iaitu anak.

Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus hidup walaupun telah kehilangan segala-galanya. Pelbagai konflik telah melanda dirinya dan diambilkan iktibar untuk membakar semangatnya yang hilang untuk terus bangkit atas usaha adik lelakinya Shamsul. Tetapi, bagaimanakah penerimaan keluarga terhadapnya selepas kemalangan itu? Siapakah yang membantunya tatkala beliau dipinggirkan? Siapa pula Rahim dalam hidup Zaiton? Hubungan cintanya mula dikupas. Nak tahu lebih lanjut, anda kena tengok sendiri. Tak “best” kalau dah tahu hujung pangkal cerita ini.

Menerusi pelakon utama iaitu Nadia Aqilah, menjiwai watak seseorang yang masih hidup amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi, watak tersebut merupakan perjalanan hidup seorang diva popular, Zaiton Sameon. Malah, untuk menjiwai watak tersebut, pelakon jelita ini  dipercayai bertemu diva popular secara bersemuka supaya lebih arif tentang watak dan perwatakan Zaiton Sameon itu sendiri. Beliau turut berkata,”Daripada matanya, saya nampak kesedihan beliau walaupun beliau tidak menceritakan masalahnya kepada saya ketika berjumpa.”

Walaubagaimanapun, watak Zaiton bukanlah hanya dalam filem ini sahaja kerana Nadia turut mempamerkan watak dan perwatakan Zaiton dalam kehidupan sehariannya seperti menjadi pendiam, tidak gembira dan sebagainya. Namun, diharapkan watak yang terbawa-bawa oleh Nadia ini dapat dihentikan dengan segera supaya tidak menimbulkan spekulasi tentang klon Zaiton Sameon. Malah, Nadia turut berkongsi keselesaan dan ketenangan tatkala menjiwai watak Zaiton Sameon dalam filem “Zaiton Ceritaku”.

 “Antara banyak-banyak adengan, adegan yang paling gugup adalah semasa adegan saya buka mata di atas katil dan lagi satu adengan semasa Emak (Norlia Ghani) jatuh dalam tandas dimana saya harus mempamerkan wajah yang kosong tanpa sebarang bentuk emosi.”

Menurut pelakon jelita itu, beliau merupakan seorang yang sensitif. Melalui watak yang dibawakan, beliau turut merasakan kepedihan yang dialami oleh Zaiton Sameon semasa kehilangan segala-galanya. Beliau turut menambah, “Saya kagum melihat beliau masih berdiri, masih pegang microfon di majlis perkahwinan walaupun telah kehilangan segalanya.”

Apa-apa pun, anda memerlukan tisu sebagai bantuan utama dan peneman ke pangung wayang. Kisah benar ini pasti akan menyentuh hati si kaki wayang apabila menonton filem ini. Aura semulajadi yang ditonjolkan para pelakon membangkitkan emosi sedih dan gembira terhadap kisah silam hidup Zaiton Sameon.

SKIP THIS AD ×