Penyanyi Shila Amzah menasihati ibu bapa agar pergi berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya melihat anak mereka mempunyai simptom austism.
Artikel Berkaitan: Panggilan Papa Untuk Ubai, Dia Ambil Langkah Proaktif Sebagai Bapa Sambung’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Shila Amzah Didiagnosis Autisme Tahap Satu – ‘Doakan Kami Boleh Jaga Anak Autistik Dengan Sempurna’
Perkongsian Shila Amzah
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah akui menerima banyak soalan daripada warga maya yang bertanya mengenai keadaan anaknya, Seth Uwais selepas didiagnos autism.
Terima kasih kepada semua yang mengajukan soalan kepada saya. Apa yang saya boleh tolong, saya akan jawab tapi korang kena ingat juga yang anak saya baru sahaja didiagnos semalam (Selasa).
Kalau ada soalan lain, saya sarankan korang untuk terus berjumpa dengan doktor kanak-kanak di swasta atau kerajaan termasuk klinik kesihatan.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi ND Lala ini menasihati ibu bapa agar tidak menyembunyikan keadaan kesihatan anak kepada doktor untuk memudahkan pakar perubatan untuk diagnosis penyakit yang dihidap mereka.
Bila doktor tanya, ibu bapa kena beri jawapan yang jujur tentang simptom dan ciri-ciri autism yang anak-anak korang ada supaya mereka boleh buat pemeriksaan
Kalau ibu bapa yang dah nampak ciri-ciri autism dekat anak, korang boleh cari dekat Internet tentang pendedahan mengenai autism. Dari situ korang boleh tahu, jangan menafikan dan terus pergi bawa ke pusat perubatan. Bila dah dapat keputusan, korang akan tahu apa yang perlu dilakukan.
Dalam pada itu, Shila meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang diberikan orang ramai.
Saya mungkin kelihatan tennag tapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Tapi ini tanggungjawab saya dan suami, Ubai sebagai ibu bapa. Kami berdua kena menjadi kuat untuk anak-anak.
Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Shila Amzah