Pelakon meningkat naik, Zairi Aziz mengakui tidak kisah apabila sering dilabel sebagai adik kepada aktres terkenal, Nasha Aziz.

Artikel Berkaitan: Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nasha Aziz Bersihkan Kubur Sambil ‘Live’

Tiada masalah digelar ‘Adik Nasha Aziz’

Ketika ditemui OhBulan!, Zairi, 23, berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu buat dirinya kerana dia sudah biasa dikaitkan dengan aktres berkenaan.

Ada saja yang panggil saya ‘Adik Nasha Aziz’.

Kalau saya post apa-apa pun di media sosial, mesti akan ada orang kata ‘adik Nasha Aziz’, tapi saya okay saja.

Tambah Zairi, kakaknya sendiri sudah memberi ‘lampu hijau’ dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan panggilan tersebut.

Justeru tiada sebab untuk dia berasa tidak selesa dengan panggilan itu.

Saya pernah berjumpa dengan kakak sendiri dan dia kata, ‘akak okay, akak terima’.

Bila kakak sendiri sudah beri ‘green light, takkan saya pula tak okay?

Cakaplah apa pun, saya tetap okay kalau dipanggil ‘Adik Nasha Aziz’.

Zairi berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama ‘Dorm 403’ di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Pengalaman berharga

Bercerita lanjut, Zairi turut berkongsi pengalaman mencabar ketika menjayakan salah satu babak dalam drama ‘Dorm 403’, apabila dia terpaksa berdepan insiden yang tidak diduga.

Ada satu scene dalam drama Dorm 403, saya kena tumbuk betul-betul sampai berdarah.

Tapi bagi saya itu pengalaman yang sangat berharga.