berita

‘Saya Percaya Mengalah Bukan Bermakna Kalah’- Bekas Isteri PU Nekad Batalkan Tuntutan RM300k Tebus Nilai Banglo

July 1st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, kisah pertikaian sebuah rumah banglo milik seorang bekas Pencetus Ummah, PU Raihan Husni dan bekas isterinya, Ain Qaiyimah menjadi perhatian ramai. Namun begitu, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat keputusan untuk membatalkan tuntutan mut’ah sebanyak RM300,000 yang pada mulanya sebagai tanda tebus nilai rumah terbabit.

Artikel berkaitan : Ex Wife PU Tak Tuntut Banglo, Sempat Cat Rumah Sebelum Ditalak – ‘Yang Diharamkan Jika Awak Tinggal Dengan Si Dia’

Artikel berkaitan : Wanita Dakwa Bekas Suami PU Nak Roboh Banglo Gara-Gara Dibina Atas Tanah Miliknya

Batalkan tuntutan mut’ah

Menerusi perkongsian InstaStory milik Ain di Instagram, pegawai yang mengendalikan kes terbabit menanyakan beberapa kali kepada dirinya kerana ingin mendapatkan kepastian sama ada Ain benar mahu membatalkan tuntutan tersebut kerana banyak risiko akan menanti jika dia hendak berbuat demikian.

Malah, apa yang membimbangkannya adalah perkara itu akan menganiaya orang lain serta tidak sanggup untuk mengaut keuntungan atas kepentingan diri sendiri.

Kami dah bincang saya memang nak batalkan kes ini. Bukan sebab saya maafkan dia tapi apa yang saya takut adalah saya takut menganiaya orang. Walaupun tuntutan mut’ah ke atas rumah itu berhak di tuntut. Tapi saya tak nak sampai menganiaya orang.

Dek kerana mahligai yang dibina dahulu atas dasar cinta dan kini binasa, saya tidak tergamak atas kepentingan sendiri untuk mengkaut keuntungan kerana bekas suami juga punyai kebaikan sepanjang kami hidup bersama.

Reda dengan takdir yang tertulis

Dalam pada itu, Ain turut cuba sedaya upaya untuk reda dengan takdir yang sudah tertulis bahawa rezekinya bukan di situ.

Saya percaya dengan mengalah bukan bermakna saya kalah tapi saya cuba sehabis baik untuk reda bahawa rezeki saya bukan terletak di situ.

Saya juga akan pergi ke negara abadi kelak, mengapa harta dunia perlu saya rebutkan? Percaya lah Allah mengajar kita bukan sahaja menggenggam tapi melepaskan.

Tambahnya lagi, kesemua empat tuntutan terbabit akhirnya ditarik balik buat selama-lamanya atas kerelaan hatinya sendiri. Bukan sahaja ingin mengecapi ketenangan hati daripada memikirkan soal tuntunan, namun lebih kepada kemaafan sesama manusia.

Difahamkan, Ain dan bekas suaminya itu sudah pun membawa haluan masing-masing tetapi masih berbaik kerana tidak mahu ‘mencederakan’ emosi anak-anak mereka.

Kami juga telah berjanji untuk menjaga anak sama-sama (tidak mengabaikan tanggungjawab) sehingga anak kami sudah dewasa. Kami telah lama membawa haluan masing-masing. Hatinya sudah pada yang dipilih dan saya juga sudah menjadi milik orang lain.

Air mata dah kering. Hanya hati yang merintih meredakan dan merelakan.

Sumber : ainqaiyimah

SKIP THIS AD ×