Walaupun Malaysia telah beralih pemimpin dan pentadbiran yang baru, tanggal 11 Mei masih menjadi tarikh keramat tahun penubuhan UMNO. Sambutan tersebut telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Dira Abu Zahar juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat bekas pemimpin negara, Datuk Seri Najib. Ini ucapan khas Dira buat pemimpin itu sempena ulang tahun UMNO ke-72.
Ucapan khas buat Najib dan parti
YAB Datuk Seri Najib,
Saya harap DSN berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. .Walau yang di canang Kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik disebaliknya. .
Yang baik Kita Jadikan tauladan.
Yang buruk Kita jadikan sempadan. .
Jadi…. Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa.
Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala.
Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik Kita semata. .
Datuk seri @najib_razak, saya doakan yang baik-baik buat DS.
Ada hikmahnya atas yang berlaku.
Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dengan semangat yang lebih progresif, with or without u sir.
Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. .
Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga. .
Amin Amin Amin. .SELAMAT ULANGTAHUN UMNO YG KE 72. .
Ps- posting ini tiada kena mengena dengan artis kegemaran kalian.
Beliau penyokong parti politik, sama seperti kalian.
Saya penggerak parti politik, sama seperti arwah ayah.
Jadi mohon jangan lagakan kerana Kita berada dalam padang yang berbeza. .
Faham ke faham ? ???.
.
#kitatetappilihbiru.
Sumber: Dira Abu Zahar