Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai hubungan mereka dengan Siti Nordiana. Menurut Sheila, isu ini menjadi semakin panas apabila dia menerima satu kiriman ‘direct message’ dipercayai daripada peminat Siti Nordiana di Instagram Live.
Artikel berkaitan: Isteri Lan Solo, Syura Bikin IG Live Luah Perasaan Konflik Dengan Siti Nordiana?
Terbaharu, menerusi laporan BH Online, Siti Nordiana meluahkan rasa terkilan apabila isu tersebut dibangkitkan di media sosial.
‘Saya rasa terkilan’
Saya dimaklumkan peminat mengenai sesi IG Live ini, namun tidak menontonnya kerana sudah masuk waktu tidur. Saya menerima terima banyak mesej bertanyakan kesahihan luahan yang dibuat, sepanjang hari ini. Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka.
Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif. Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya.
Menurut Siti Nordiana, dia terkilan apabila namanya turut diheret dengan dakwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya semalam. Terkejut mengenai topik perbualan tersebut, Nana mempersoalkan tindakan kesemua individu berkenaan termasuk Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.
‘Saya tidak boleh komen lanjut’
Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dakwaan secara terbuka dalam media sosial. Peminat yang kenal rapat saya mungkin tahu keadaan sebenar, tetapi orang luar barangkali lain pula pandangan mereka.
Disebabkan itu, saya perlu merujuk perkara ini kepada peguam. Buat masa ini, saya tidak boleh komen lanjut, tunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, Sheila mendakwa, Nana dan pengurusnya, Anas Osman menyebarkan cerita tidak baik mengenainya dan Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV), selain menuduh Lan menumpang popularitinya. Dakwa Sheila, hampir semua rakan di stesen TV bercakap perkara sama dan bertanya mengenai isu makan tidak bayar.
Sumber: BH Online