Nama pengacara dan pelawak Shuk Sahar tak pernah habis dilanda kontroversi. Baru-baru ini, Shuk mengaku dirinya sudah curang berkali-kali dengan orang yang sama.
Artikel Berkaitan: Kereta Shuk Sahar ‘Terjun’ Masuk Parit, Netizen Tanya Doa Siapa Termakbul?
Artikel Berkaitan: ‘Aku Curang Dengan Orang Yang Sama Berkali-Kali’ – Shuk Sahar Akui Tak ‘Happy’
Nak jual rumah
@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ? bunyi asal – mikha.ukasyah
Selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan, Shuk sibuk menguruskan perniagaan minumannya. Terbaru, Shuk, 35, mendedahkan dia mengalami kesempitan kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Justeru, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar nekad untuk menjual kediaman miliknya yang terletak di Denai Alam dengan harga 1.2 juta.
Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan.
Untuk saya mulakan buat perkara baru.. sebab itu perlukan duit. Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya.
Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi viral di Tiktok selepas netizen memuat naik di platform itu.
Aniaya isteri rezeki sempit
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Shuk untuk mencontohi penyanyi Aliff Aziz yang berbaik dengan isterinya, Bella Astillah selepas beberapa kali kantoi curang.
Dalam pada itu, ada segelintir pengikut yang berharap agar pelakon filem Adnan Sempit 2 berubah dan menjadi seorang lelaki yang setia dengan isteri tercinta.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.
Sumber: Tiktok @mikha.ukasyah