berita

‘Saya Pernah Kena Gam Selama Dua Tahun’ – Zarina Zainuddin

March 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin antara selebriti yang pernah digam oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘PA Ruhainies Balik Rumah Ambil Baju’

Artikel Berkaitan: Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga Selepas Dilanda Kontroversi, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah

Jangan gam Aliff, Ruhainies

Zarina Zainuddin

Memetik laporan Berita Harian, Zarina berkata sepanjang digam, tempoh itu sangat memberikan kesan kepada dirinya disebabkan lakonan merupakan sumber pendapatan.

Malah, dia akui sedih apabila tidak dapat meneruskan kerjaya lakonanya seperti biasa pada ketika itu.

Saya pernah kena gam selama dua tahun. Saya tiada ‘job’ lakonan dengan RTM, tetapi itulah perjalanan hidup saya. Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

Saya sudah biasa ‘shooting’, walaupun berniaga. Saya tetap rasa nak berlakon. Rasa sedih bila orang tak bagi saya berlakon.

Tambah Zarina, sepanjang tempoh itu dia banyak muhasabah dirinya dan percaya setiap ujian yang dilalui mempunyai hikmah dan pengajaran.

Tapi, saya muhasabah diri, saya turun naik RTM buat rayuan dan sebagainya. Lama jugalah barulah saya dapat kelonggaran kembali berlakon.

Dalam hidup, kalau diuji itu tandanya Allah sayang. Dari ujian itulah saya sedar benda salah dan perlu letak batasan.

Sementara itu, Zarina berpendapat stesen televisyen tidak patut gam aktor Aliff Aziz dan aktres Ruhainies meskipun dua selebriti berkenaan sedang terpalit dengan kontroversi.

Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah buat mereka. Bagi saya, jangan gam mereka terus, kasihan. Mereka juga nak cari makan.

Kita tak tahu apa yang berlaku sebab tidak berada di tempat mereka. Tak boleh tuduh mereka lakukan perkara tak elok.

Berikutan itu, Zarina berharap agar stesen televisyen mahupun penerbit tidak mengambil langkah senarai hitam nama seseorang pelakon secara berterusan.

Imbas kembali, kes paling hangat pada 1992 membabitkan Zarina iaitu isu gambar bogelnya yang bukan sahaja tersiar di sebuah akhbar tabloid, malah diedar ke seluruh negara.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana)

SKIP THIS AD ×