
Pelakon Daler Yusuf meluahkan rasa sedih selepas menonton podcast aktres Puteri Balqis bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang mendedahkan sisi gelap segelintir individu dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya’ – Daler Yusuf
Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Terkilan Netizen Tergamak Komen Biadab Gara-Gara Solekan Anak, Doa Agar Diberi Hidayah
Lelaki juga tidak selamat

Menerusi perkongsian di Threads, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, menegaskan bahawa isu keselamatan tidak hanya melibatkan golongan wanita, malah lelaki juga berdepan risiko situasi yang tidak selamat.
Saya ada menonton podcast tersebut dan berasa sangat sedih dengan apa yang mereka alami.
Tetapi dalam dunia lakonan, bukan wanita sahaja yang perlu menjaga diri, malah lelaki juga tidak selamat.
Tawakal & percaya kepada Allah

Model berketurunan Uzbekistan itu mendedahkan bahawa pada awal pembabitannya dalam industri lakonan, dia pernah dihubungi oleh beberapa pengarah dan penerbit untuk tawaran berlakon.
Namun, terdapat segelintir pihak yang bertindak keterlaluan apabila meminta gambar peribadi melalui aplikasi WeChat serta mengajaknya bercuti bersama.
Pada waktu saya mula-mula nak jadi pelakon, saya pernah terima mesej daripada beberapa pengarah dan penerbit.
Ada yang minta gambar di aplikasi WeChat, ada yang ajak pergi bercuti juga.
Dalam hantaran sama, bapa kepada empat orang anak turut menzahirkan rasa syukur apabila dia bertawakal dan menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Allah, sehingga pelbagai perkara baik dan positif hadir dalam perjalanan kerjayanya.
Alhamdulillah, bila kita tawakal dan percaya kepada Allah, semua yang baik dan positif datang dengan sendirinya.
Sumber: Threads Daler Yusuf








