berita

‘Saya Pun Kecewa Dengan Mereka’ – Tun Mahathir Respon Kekecewaan Nurul Izzah

March 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh dengan peletakan jawatan Nurul Izzah sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Beliau menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan Malaysia yang baru. Menerusi MalaysiaKini, kenyataan Nurul Izzah itu di balas sendiri Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut merasai apa yang beliau rasakan.

Saya pun kecewa dengan diorang

Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka).

Menerusi Utusan Malaysia, Tun berkata demikian selepas ditanya mengenai kekecewaan Nurul Izzah terhadap kerajaan pimpinan Malaysia sekarang ketika majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Gagal menunaikan janji

Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah. Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami.

Menerusi The Straits Times, Nurul Izzah dikhabarkan tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji mereka serta tidak menggerakkan agenda reformasi seperti yang dirancang. Dia turut memberitahu bahawa dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya selepas ini. Dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai anggota PAC selepas tidak bersetuju dengan Tun Mahathir yang mahu mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Itu dia punya hal

Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah.

Menurut Bernama, Tun M mengulas lanjut mengenai perletakan jawatan PAC dari anggota parlimen pembangkang adalah bersifat hal mereka sendiri.

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×