Pelakon Yusuf Bahrin mendedahkan dia menerima kiriman audio daripada isterinya yang juga merupakan penyanyi Zizi Kirana sebelum bot yang dinaikinya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipintas tentera Israel.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ardell Aryana Kongsi Cara Berwuduk & Sembahyang Sepanjang Pelayaran Misi Kemanusiaan – ‘Ombak Tinggi Sekalipun Tetap Kena Solat’

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Makin Dekat Dengan Bot Kami’ – Live Ardell Aryana Terputus Lagi

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Sebut See You In Jail, Saya Orang Last Akan Lempar Telefon’ – Ardell Aryana

Minta maaf

Menurut Yusuf, 33, Zizi sempat meminta maaf dan itu adalah kali terakhir dapat berhubung kira-kira jam 1.40 pagi Khamis.

Kata Yusof, Zizi sempat memberitahu kapal tentera Israel sudah menghampiri bot yang dinaiki mereka.

Mesej terakhir saya terima daripada Zizi adalah rakaman suara dia minta maaf. Itu yang terakhir. Minta doakan untuk dia.

Dia juga beritahu kapal Israel dah dekat dengan bot mereka. Tapi itulah.. nada suara dia langsung tak takut, siap boleh gelak lagi.

Zizi kuat boleh hadap

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin yakin dengan kekuatan dan keberanian yang ada dalam diri Zizi.

Selain itu, Yusuf juga berserah kepada Allah SWT dan berdoa agar semua sukarelawan yang ditahan dilindungi daripada sebarang kemungkinan.

Saya rasa dia kuat. Dia boleh hadap situasi ini. Sebab saya pun tak ada kekuatan macam dia. Kita lelaki dan tahu yang lelaki akan lebih kuat daripada wanita.

Tapi saya salah, wanita sebenarnya kalau dia kuat, dia akan lebih kuat. Lima kali ganda daripada kita. Saya yakin dia boleh hadap situasi ini dengan baik.

Insya-Allah sebab mereka semua dah well train dengan leader Flotilla. Cuma saya harapkan tak ada benda yang berbahaya jadi dekat dia dan semua sukarelawan lain yang ditahan itu.

Kita faham keadaan sekarang ini, Israel ini bukan kira pun kau tak buat provokasi pun dia akan kacau.

Kalau provokasi, lagi la dikacau. Semua saya akan berserah kepada Allah SWT. Minta Allah lindung mereka semua.

Sumber: TikTok Suria Malaysia