berita

“Saya Rasa Bangga” – Siti Saleha

August 16th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Baru-baru ini Siti Saleha telah dipilih sebagai duta baru barangan Palmolive. Dengan perlantikan ini, sebuah majlis iftar Ramadhan telah diadakan pada 13 Ogos yang lalu, bertempat di Giant Kota Damansara.

Menurut Mr Chris Pikounis, Pengurus Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Siti Saleha dipilih sebagai duta baru Palmolive kerana, beliau memiliki ciri-ciri yang diingini dan memiliki auranya yang tersendiri.

“Siti Saleha merupakan pilihan yang tepat kerana dia memiliki kecantikan yang semulajadi, aura yang mempesonakan dan mampu mengangkat jenam Palmolive dengan tarikannya yang tersendiri. Selain memiliki kecantikan dan bakat semula jadi, Saleha juga bijak berkomunikasi dan mampu menarik perhatian para pengguna serta peminat-peminatnya.” ujar Mr Chris Pilounis sewaktu majlis iftar berlangsung.

Disamping itu, Saleha turut melahirkan rasa berbesar hati dan teruja kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive.

“Saya merasa sungguh berbesar hati dan bangga kerana terpilih sebagai duta baru jenama Palmolive. Apa yang saya suka tentang produk Palmolive ini adalah ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan baunya sungguh harum. Ia juga mampu membuat wanita seperti saya rasa segar dan tenang selepas menggunakan produk Palmolive ini.”

Sewaktu majlis Iftar, Siti Saleha sempat meluangkan masa bersama tetamu jemputannya yang memenangi pertandingan SMS Palmolive-Giant dan para remaja dari Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang.

SKIP THIS AD ×