berita

“Saya Rasai Erti Perkahwinan Sebenar” – Malam Berinai Fasha Sandha Bikin Peminat Kagum

March 29th, 2019 | by Asyraf Khalib
Indahnya Perkahwinan

Ibarat merpati dua sejoli dan bagai pinang dibelah dua.

Itu antara peribahasa Melayu sesuai untuk dipadankan buat Fasha Sandha dan pasangannya Aidil Aziz yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi. Baru-baru ni majlis malam berinai buat kedua bakal pengantin ni menarik perhatian dunia hiburan tanah air.

Jarang-jarang tau kita dapat tengok malam berinai selebriti. Rata-rata komen netizen mengatakan, malam berinai mereka lain daripada yang lain dan tak kurang ramai mengangkat Fasha dan Aidil sebagai Couple of The Year 2019!

Tapi apa yang menarik di malam berinai Fasha dan Aidil sampai semua pun puji? Jom kita tengok

1. Busana ungu yang memukau

Tak lokek dengan senyuman, Fasha Sandha jelas sangat gembira di malam majlis berinai beliau dan Aidil. Paling memukau bila tengok busana ungu yang dikenakan oleh Fasha dan Aidil ni. Kedua mereka nampak lagi menyerlah dan secocok.

 

Lepas ni boleh la korang jadikan busana klasik Fasha dan Aidil ni sebagai sumber inspirasi untuk malam berinai korang pulak. Nak buat baju bersanding pun boleh sangat dah ni. Mana tahu boleh viral.

2. Wow! Fasha menari tarian tradisional Melayu

Bukan setakat gah dengan busana Melayu Klasik, Fasha Sandha turut mengejutkan tetamu yang hadir bila dia siap join menari tarian tradisional dalam majlis berinai tu. Cukup lemah gemalai. Aaishhh… ciri-ciri wanita Melayu terakhir terserlah ada dekat Fasha ni! Untunglah Aidil dapat tawan hati Fasha Sandha.

https://www.instagram.com/p/Bvg6MxhB4bz/?utm_source=ig_web_copy_link

Admin tengok rata-rata daripada netizen memuji kemeriahan majlis malam berinai mereka yang luar biasa. Ramai tak sangka majlis mereka semeriah ini! Yelah, admin pun dua tiga kali ulang tonton video Fasha menari tau. Kagum!

3. Fasha kongsi gambar lukisan inai di tangan

Tapi dalam banyak-banyak gambar yang Fasha upload di Instagram, admin sebenarnya tertarik dengan satu gambar unik ni. Ada tiga shot berbeza yang dikongsi oleh Fasha dalam satu gambar, sangat jauh, dekat dan sangat dekat. Tengok ni!

 

https://www.instagram.com/p/BvkynUGlyiC/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Mesti ada yang tak percaya kan?

Gambar bukan main jauh ambil dari pelamin, tiba-tiba boleh zoom sampai detail macam tu! Mesti la macam tak logik. Tapi bagi admin, tak mustahil untuk dapat kualiti gambar macam tu kalau guna kamera yang power.

Dan admin sangat yakin satu-satunya smartphone yang mampu zoom gambar sampai nampak segala perincian macam dekat inai di tangan Fasha tak lain dan tak bukan iaitu Huawei yang memang sangat terkenal dengan kehebatan kameranya.

Bukti Huawei P30 boleh zoom sangat jauh!

Kalau tengok watermark dekat gambar tu, terang-terang ia diambil menggunakan smartphone Huawei P30 Series. Keupayaan untuk zoom gambar daripada jarak yang sangat jauh buat admin tak ada keraguan lagi bahawa gambar tu memang diambil dengan telefon pintar ni.

Lagipun, khabarnya smartphone ni dilengkapi dengan teknologi Lens SuperZoom yang boleh zoom gambar sehingga 50x lebih hebat daripada biasa. Kalau memang betul, ni bermakna belum ada lagi la kamera smartphone lain yang mampu menandingi kehebatan smartphone Huawei P30 Series ni!

Apa pun, kualiti kamera yang memang luar biasa telah membuatkan foto malam berinai Fasha dan Aidil nampak lebih anggun dan klasik. Memang power habislah jenama Huawei ini! Kalau korang nak gambar power macam ni. Wajib guna smartphone Huawei tau.

Eh jap, sebut je jenama Huawei. Smartphone Huawei Mate 20 pun kamera dia tak kurang hebat jugak. Korang boleh klik sini untuk tahu lebih pasal Mate 20!

Apa pun, disebabkan Fasha Sandha dah share gambar ni, admin bertambah tak sabar nak tunggu Huawei P30 Series betul-betul keluar dekat Malaysia. Haaa… admin dapat tahu 2 April 2019 bakal jadi tarikh keramat untuk merungkai segala persoalan para peminat smartphone Huawei.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

 

 

SKIP THIS AD ×