berita

‘Saya Rela Dikeluarkan Daripada Menanggalkan Tudung’ – Atlet Judo Indonesia

October 9th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Temasya Sukan Para Asian Indonesia telah membuka tirai pada 6 Oktober lalu. Temasya ini menyaksikan ramai atlet dari pelbagai negara Asia menyertai 15 sukan yang dipertandingkan.

Walaubagaimanapun, seorang atlet judo wanita, Miftahul Jannah dari Indonesia terpaksa menarik diri dari acara Judo 52kg wanita kerana berhijab. Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) menggugurkan kelayakannya dari acara itu dalam perlawanan menentang atlet dari Mongolia, Isnin lalu.

Jurulatih tidak prihatin

Presiden Paralimpik Kebangsaan Indonesia (NPC), Senny Marbun menyifatkan isu ini berlaku kerana kecuaian pihaknya sendiri.

Peraturan IJF telah lama ditubuhkan, namun jurulatih judo yang dilantik oleh pihak NPC tidak prihatin dengan isu ini kerana mungkin tidak memahami peraturan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Bagi pihak NPC saya memohon maaf.  Ini benar-benar memalukan saya dan saya harap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Tudung yang dibenarkan juga perlu memenuhi spesifikasi yang sesuai dengan sukan.

Sementara itu, Ketua Timbalan Jawatankuasa Para Asia Games Indonesia berkata sukan taekwondo dan karate juga tidak membenarkan peserta untuk memakai hijab semasa bertanding.

Saya minta maaf

Miftahul Jannah meluahkan rasa terkilan apabila dimaklumkan oleh jurulatih untuk dirinya menanggalkan tudung semasa perlawanan menentang atlet Mongolia, Oyun Gatulga.

Saya rela dikeluarkan daripada menanggalkan tudung.  Setidaknya saya telah mampu mengendalikan diri saya agar hebat di mata Allah SWT. Saya rasa tak salah jika atlet bertudung juga dibenarkan bertanding.  Buktinya banyak lagi kejuaran lain yang membolehkan pesertanya memakai tudung.

Sementara itu, atlet berasal dari Aceh ini turut memohon maaf buat semua rakyat Indonesia terutamanya Aceh kerana tidak mempu mengharumkan nama negara.

Saya minta maaf.  Tapi, apa yang saya lakukan ini adalah bentuk harga diri dan menjaga maruah masyarakat Aceh yang dikenali dengan syariat Islam. Saya tak ingin menggadaikan harga diri dan martabat Aceh semata-mata untuk bergelar juara.

Bagaimanapun, Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) perlu mengkaji semula peraturan berkaitan hijab buat wanita Islam ini pada masa hadapan.

Sebenarnya ingin protes

Jurulatih judo pasukan Indonesia, Ahmad Bahar menerusi Bola.com berkata peraturan baru penampilan para atlet untuk tidak benarkan mereka berhijab kerana dikhuatiri menutup bahagian mata semasa berlawan sehingga dapat mengundang bahaya.

Dia sudah memasuki arena pertandingan dan sudah siap bertanding, namun dilarang wasit karena enggan melepas hijabnya. Akhirnya, dia memilih mundur.

Dulu pernah ada atlet yang bertanding menggunakan hijab. Namun, setelah keluar aturan baru tidak diperbolehkan menggunakan hijab. Alasanya takut ketika main bawah hijabnya menutupi mata sehingga bahaya. Hijab juga bisa dimanfaatkan lawan untuk menarik yang membuat bisa tercekik lehernya.

Kami sebenarnya ingin protes. Akan tetapi, namanya peraturan mau bagaimana lagi. Itu sudah kami lakukan sejak technical meeting, tetapi itu sudah aturan.

Sumber: Bola Official Online Media

SKIP THIS AD ×