berita

‘Saya Ryan Bakery Mengutuk Sekeras-Kerasnya Tindakan Israel..’

October 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery menerusi hantaran di Instagram meluahkan sokongannya terhadap Palestin yang kini diserang zionis Israel.

Mengutuk tindakan Israel

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, dia mengutuk tindakan kejam dan keji Israel yang menyerang Palestin sehingga mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.

Assalamualaikum dan selamat sejahatera, saya Ryan Bakery pencipta kandungan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap Palestin.

Saya Ryan Bakery, stand with Palestin.

Dalam pada itu, Ryan mengajak orang ramai termasuk pengikutnya untuk menitipkan doa agar Palestin diberi kebebasan dan kemenangan.

Tambah pelantun lagu Raya Last Minit itu lagi, jika ada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke tabung kecemasan Cinta Gaza Malaysia

Sekadar info, Ryan bergandingan bersama adiknya, Adam Bakery di pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3). Mereka turut bersaing dengan lima pasangan duo lain iaitu Adira dan Emma Suhaimi, Shila Amzah dan Amir Syahir, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.

FD3 sedang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Sumber: Ryan Bakery

SKIP THIS AD ×