berita

‘Saya Sangat Gembira Berada Di Sini!’ – Impian Tercapai, Luqman Hakim Harumkan Malaysia

August 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru sahaja berusia 18 tahun, pemain bola sepak profesional iaitu Luqman Hakim Shamsudin telah membanggakan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu memasang cita-cita yang tinggi untuk melayakkan dirinya berada dalam kelab Kv Kortrijk dan beraksi di sana.

Mesej kepada peminat

Perkongsian video melalui laman Twitter Kv Kortrijk Fans menyaksikan Luqman Hakim berterima kasih dan tidak sabar untuk beraksi di atas padang setibanya di sana.

I’m Luqman Hakim Shamsudin. A new player for Kv Kortrijk. I’m so very happy here. The beautiful stadium. Very nice city and I cannot wait to meet my fans. See you soon guys!

Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai pemain baru dalam kelab Kv Kortrijk berasa sangat gembira dapat menyaksikan sebuah stadium perlawanan yang cantik. Dia juga terpesona dengan keindahan bandar negara tersebut dan tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat bola sepak di negara itu.

I’m very happy

Petikan video selama lebih kurang 5 minit ini menyaksikan kegembiraan yang terpancar pada wajah pemain berusia 18 tahun itu. Video ini menyaksikan Luqman Hakim berjalan melihat persekitaran stadium dilengkapi kemudahan yang lain. Video yang mendapat lebih 193ribu tontonan ini menyaksikan reaksi pertama Luqman tiba di Belgium.

Sumber: Kv Kortrijk Fans

SKIP THIS AD ×