Semenjak kembali aktif di laman Threads, setiap hantaran dan komen yang ditinggalkan oleh pelakon Kamal Adli pastinya akan mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Tak Aktif Threads Selepas Cerai, Netizen Sayu Lihat Video Di Instagram Syafiq Kyle – ‘Sedihnya Tengok’

Nak paha ayam

View on Threads

Menerusi komen yang ditulis di sebuah hantaran, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Adli, 40, menyatakan keinginannya untuk menikmati ayam goreng yang dimasak menggunakan oven.

Malah, Kamal sanggup membayar kepada sesiapa sahaja yang boleh menyediakan makanan sama seperti yang diinginkan.

Tolonglah sesiapa, masakkan ayam ini untuk saya.

Saya sanggup bayar, nak sebiji macam ini.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh dengan mengatakan bahawa mereka sudi untuk menghantar ayam goreng kepadanya.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir warganet juga risau Kamal akan menerima terlalu banyak juadah ayam goreng daripada peminatnya.

Sumber: Threads