berita

‘Saya Sangkakan Bau Bangkai Kucing Tetapi Rupa-Rupanya Bau Mayat Ibu Saudara’

November 20th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Misteri bau busuk di dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu yang disangka bangkai kucing akhirnya terungkai selepas menemui mayat wanita warga emas yang terbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya itu. Apa yang lebih mengejutkan apabila arwah dikatakan telah meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu.

Bau busuk semakin kuat

https://youtu.be/f2-IoTGZPy0

Menerusi Harian Metro, Suraya Ismail yang tinggal bersebelahan dengan rumah ibu saudaranya itu berkata sebelum ini dia dan suaminya ada terhidu bau busuk tetapi mereka tidak mengendahkannya kerana menyangka itu adalah bau bangkai kucing. Tetapi bau yang datangnya dari rumah tersebut dikatakan semakin kuat sehingga menyebabkan mereka curiga dan teringat akan ibu saudaranya itu.

Tetapi hari ini bau busuk itu terlalu kuat dan memang kami tidak tahan lalu mengambil keputusan mencari ‘punca’ bau sebelum tersedar bau itu rupanya dari arah rumah ibu saudara yang terletak bersebelahan sahaja.

Menceritkan kisah itu, Suraya berkata kebiasaannya pada hari Jumaat, anak arwah sering melawat serta membawa ibunya itu pulang ke rumah mereka di Kampung Atas Tol. Oleh sebab itulah dia menyangka bahawa ibu saudaranya itu tiada di rumah memandangkan keadaan pintu rumah itu yang berkunci.

Saya sangkakan bau bangkai kucing tapi makin lama makin kuat bau busuk itu sehingga membuatkan saya dan suami curiga.

Tak sangka itu bau mayat kerana kami ingatkan mak saudara (Jarah) tiada di rumah disebabkan pintu rumah itu berkunci.

Tinggal bersendirian di rumah

Susulan itu, Bernama turut melaporkan disebabkan bau busuk terlalu kuat, Suraya kemudian bertindak menghubungi anak arwah untuk menanyakan keberadaan ibu saudaranya itu memandangkan arwah tinggal bersendirian di rumahnya setelah kematian suami.

Walau bagaimanapun, anak arwah memaklumkan ibunya tiada di rumah mereka dan ahli keluarga kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kejadian.

Saya kemudiannya menghubungi anak-anak mak cik yang tinggal di Bukit Payung, Marang untuk bertanya keberadaan mak cik sebelum salah seorang anaknya menghubungi pihak polis.

Pihak polis kemudian bertindak membuka tingkap rumah berkenaan dan menemui mayat ibu saudaranya yang terbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya itu. Arwah dikatakan telah meninggal dunia sejak beberapa hari yang lepas.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro, Bernama

SKIP THIS AD ×