berita

‘Saya Sedia Berdamai Dengan Syarat Dia Datang Berjumpa Saya & Minta Maaf’

March 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Aaron Aziz, memberitahu dia sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat pengarah tersebut datang berjumpa dan meminta maaf kepadanya.

Jumpa dan minta maaf

Saya sedia berdamai dengan Syamsul Yusof dengan syarat dia datang berjumpa saya dan minta maaf atas apa yang berlaku.

Menerusi laporan Harian Metro, Aaron, berkata sebaik saja namanya disingkirkan dari filem Original Gangster, Syamsul tidak berhubung dengannya sampai sekarang.

Saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang berlaku antara kami kerana tidak mahu membuka aib. Malah, saya mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem Original Gangster, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz mengakui berasa kecewa bila disingkirkan daripada berlakon dalam filem itu.

Saya sudah bekerjasama dengan Syamsul dalam projek filemnya selama 12 tahun iaitu sejak 2010 lagi. Saya juga terbabit dalam empat projek filem besarnya termasuk  KL Gangster dan KL Gangster  2 sebelum ini.

Sebelum ini, Aaron mendedahkan namanya digugurkan dari berlakon dalam filem Original Gangster arahan Syamsul. Namun, Aaron tidak mahu mengulas terperinci mengenai isu terbabit kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×