Isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali dengan nama Dr Erin sebelum ini telah mengesahkan sudah diceraikan.
Terbaru, Dr Erin menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi beberapa screenshot perbualannya bersama Da’i Farhan. Tujuannya memuatnaik perbualan tersebut adalah untuk menceritakan perkaran sebenar mengenai isu rumah tangga mereka bersama bekas isteri pertama Da’i Farhan.
Perbualan dengan ustaz
Memandangkan ramai sangat dok buat dosa kering try hard sangat nak kata hal rumah tangga saya dengan ustaz. Macam yang saya cakap sebelum ni, memang saya yang minta diceraikan untuk memberi peluang kepda ustaz berbahagia bersama anak-anak ustaz.
Saya rasa berbahagia kalau saya tengok orang-orang yang saya sayang bahagia. Jadi saya share lah sikit perbualan saya dengan ustaz agar tak perlu lah orang susah susah buat teori macam-macam buat dosa je. Pada 8 Februari 2020, ustaz balik dari Kota Bharu ke Subang untuk jumpa saya selepas pergi tengok anak-anak di kampung bekas isteri ustaz.
‘Terima kasih hantar Ira dan papa’
Pada 9 Februari 2020, saya dah ada di rumah bekas isteri ustaz di Terengganu sebab nak bagi balik ustaz pada bekas isteri dia sebab alasan masalah anak tu lah dan kena cerai apa semua tu.
Kalau pihak sana kata fitnah makna bukan saya lah yang fitnah sebab saya cakap apa yang saya dengar sahaja. Apa sahaja alasan yang membolehkan saya menebalkan muka saya pergi sana walaupun tengah honeymoon lagi, baru kahwin lah orang kata dengan suami saya tu.
Sanggup tebalkan muka
Saya sanggup pergi tebalkan muka saya jumpa bekas isteri ustaz walau apa yang dah jadi macam-macam ni demi sayang saya pada suami saya. Saya tak sanggup tengok ustaz sedih sebab jauh dari anak-anak dan saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah depa sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.
Jadi sebagai seorang ibu, saya lebih pentingkan kebajikan anak-anak tu dari kepentingan saya sendiri. Saya yang pergi serahkan suami saya pada bekas isteri dia dan saya sendiri pujuk ustaz supaya jangan risau jangan sedih nanti kita cari jalan ustaz baik dengan bekas isteri dia balik.
Masih berkasih sayang dengan ustaz
Pada 19 Mac 2020 iaitu pada mula PKP saya dengan ustaz masih berkasih sayang. Saya tau ustaz sangat sayangkan saya macam mana saya sayangkan ustaz. Tapi bila dah lama tak dapat jumpa anak-anak ustaz di kampung, ustaz jadi stress dan saya pun sedikit sebanyak stress juga tengok suami macam tu.
Saya pun dok tengok ustaz selalu Whatsapp dengan bekas isteri dan video call hari-hari atas alasan anak. Saya tahu bekas isteri dia pun tak boleh move on, jadi tak apa lah saya tak marah pun dan saya faham sebab tu saya nekad minta ustaz ceraikan saya sebab salah seorang kena mengalah.
Jangan salahkan ustaz
Harap janganlah disalahkan ustaz atau sesiapa lagi. Ini adalah ujian untuk kami dan kami dah berjaya harungi ujian ini bersama-sama secara baik. Kami berdua pun dah sama-sama bahagia. Falsafah hidup saya dalam perkahwinan suami hanya pinjaman bila-bila masa boleh dapat dan bila-bila masa boleh diambil balik oleh Allah SWT.
Sayang Allah lebih daripada sayang suami. Saya bersyukur sangat dan berbahaggia bila boleh buat orang yang saya sayang bahagia. Kes-kes fitnah pasal saya tu inshaAllah tidak lama lagi semua akan terjawab. Pasti akan ada yang kata tak ada siapa yang nak baca perbualan saya dengan ustaz ni, tapi saya sajalah nak share untuk siapa yang nak tahu.
Sumber: Dr. Erin