Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akan mendirikan solat secara berjemaah dengan anak-anaknya setiap hari tanpa langkau atau ‘skip’.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji Tak Kekok Tidur Rumah ‘Bik Tudung’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Sebak ‘Bik Tudung’ Pulang Ke Indonesia

Solat jemaah

Menerusi sesi bersama Buat Saja Podcast, Aliff, 38, berkata, dia juga akan memberikan tazkirah berkaitan agama sebanyak dua kali seminggu kepada anak-anaknya.

Saya setiap hari akan sembahyang berjemaah dengan anak-anak. Seminggu dua kali saya akan bagi tazkirah kepada anak-anak sendiri.

Saya juga akan sentiasa berada di rumah setiap hari tanpa jemu. Walaupun saya keluar pergi majlis ke sana ke sini, saya tak akan lepaskan anak-anak.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia juga tidak pernah memewahkan kehidupan anak-anak dan sentiasa mendidik mereka untuk hidup serba sederhana.

Saya akan bawa anak-anak ke mana saya pergi, pergi jual durian saya bawa, pergi bungkus barang saya bawa. Saya tak akan mewahkan anak-anak, saya tidak berikan duit yang banyak kepada mereka.

Tak paksa anak jadi usahawan

Bekongsi lanjut, Aliff berkata, dia tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk meneruskan legasi bisnes yang diusahakan, sebaliknya menyokong apa sahaja minat mereka.

Saya yakin semua ibu bapa yang mempunyai bisnes mahu anak-anak mereka menyambung legasi bisnes itu. Namun, saya tak pernah paksa anak-anak saya untuk menjadi usahawan.

Saya hantar anak-anak pergi sekolah antarbangsa, masuk kelas mandarin dan agama, tetapi masa depan mereka saya sendiri tidak tahu.

Bagaimanapun, saya tetap mengajar anak-anak untuk sedikit sebanyak tahu tentang bisnes saya. Macam sebelum ini, Qadejah jadi ‘endorsment’ dan dapat byaran, dia seronok.

Walaupun anak saya masih muda, saya sudah terangkan kepada anak-anak tentang bahaya zina, skandal dan dadah. Saya fokus kepada mereka tentang perkara itu kerana saya percaya di sekolah kurang pendedahan.

Sumber: TikTok