berita

Saya Sudah Malas Nak Ditemuramah Wartawan – Wan Norazlin

January 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Sejak kembali berlakon, Wan Norazlin yang dahulunya anggun dan sopan berhijab, kini dikatakan telah kembali kepada imej lama.

Namun begitu, menerusi laporan Berita Harian hari ini, Wan Norazlin didakwa telah menolak untuk ditemubual oleh pihak media dan mengeluarkan kenyataan yang dirinya tidak memerlukan publisiti dalam kerjaya seninya.

“Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.”

“Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya.”

Dalam pada itu, Wan Norazlin turut meminta maaf dan menyatakan yang dirinya tidak mahu lagi bercerita mengenai hal-hal yang tiada kaitan dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini.”

“Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon.”

SKIP THIS AD ×