berita

‘Saya Sudah Nekad Dengan Keputusan Ini’ – Bekas Isteri Radhi Tawar Hati, Tak Nak Rujuk

June 20th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Rumah tangga penyanyi Radhi OAG menemui jalan perpisahan apabila sah bercerai bersama isterinya Shahira Ayu pada 25 Mac yang lalu. Bagaimanapun, penyanyi itu memberitahu dia dan bekas isteri akan hadir ke mahkamah semula bagi proses rujuk. Namum begitu, lain pula kenyataan dari Shahira Ayu apabila dia nekad dengan keputusan untuk hidup solo dan hanya bersama anak.

Ada juga beberapa kali memujuk

Menerusi kenyataan Radhi sebelum ini meluahkan hasratnya untuk kembali hidup bersama bekas isteri. Walaubagaimanapun, menerusi laporan mStar, Shahira Ayu membuatkan keputusan untuk nekad tidak bersama penyanyi itu dan dia mahu menjalani kehidupan solo bersama anaknya.

Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cerai kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu saya juga tidak lagi tinggal bersamanya di kediaman kami.

Selepas daripada itu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya sudah nekad dengan keputusan ini.

Saya tetap tidak mahu

Bagaimanapun, Shahira Ayu enggan berkongsi punca keretakan rumah tangga mereka itu. Malah, menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Jika dia nak rujuk semula, saya tetap tidak mahu. Saya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa dia. Saya mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang terbaik buat saya dan Radhi.

Pasangan ini telah menfailkan kes penceraian pada 3 Jun lalu di Mahkamah Renddah Syariah Petaling Jaya dan kes mereka akan dibicarakan dalam masa terdekat.

Saya dan Radhi sama-sama ke mahkamah 3 Jun lalu untuk memfailkan penceraian kami. InshaAllah dalam masa terdekat ini kami perlu ke mahkamah untuk sebutan kes.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×