berita

‘Saya Tahu Ada Rakan Artis Yang Bercakap Di Belakang..’- Haqiem Rusli

December 12th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Tidak lama dahulu, penyanyi kontroversi Haqiem Rusli telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila tindakannya memakai cermin mata hitam dan menggunakan airpods ketika menyertai program amal. Walaupun Haqiem akui dirinya tidak peka dengan situasi itu, namun netizen tetap melemparkan kata-kata negatif kepadanya.

Susulan dari isu itu, penyanyi Tergantung Sepi itu meluahkan perasaannya..

‘Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan..’

Menurut Haqiem, dia tidak tahu apa lagi yang patut dilakukan supaya orang ramai tidak melemparkan kritikan serta kecaman terhadap kesilapannya memakai cermin mata di program amal. Haqiem juga membuat keputusan untuk berehat sebentar dari sosial media, seperti Twitter.

Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam.

Sukar untuk saya berdepan situasi seperti ini, jadi daripada terus membaca pelbagai komen negatif yang menghentam, lebih baik saya padam sahaja Twitter.

Saya lebih suka menggunakan aplikasi itu untuk berinteraksi dengan peminat di laman sosial. Namun, selepas apa yang terjadi, ada baiknya saya padamkan sahaja medium komunikasi itu.

Saya tidak mahu diri terkesan dengan pelbagai kecaman yang ditinggalkan ‘haters’. Tidak tahu lagi bagaimana mahu menangani perkara ini.

Ia lebih baik kerana sekurang-kurangnya saya dapat menjauhkan diri daripada perkara yang memberikan tekanan.

Tidak mahu timbul salah faham

Bukan sahaja netizen, malah menurut Haqiem isu tersebut juga telah menjadi buah mulut artis sehinggakan dia terpaksa bersuara untuk mengelakkan salah faham.

Saya tahu ada rakan artis yang bercakap di belakang, tetapi saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

Alhamdulillah, keluarga banyak membantu, malah sering menemani saya ketika persembahan. Selain peminat, mereka juga banyak mendorong saya untuk menjadi insan lebih baik.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.