berita

Saya Tahu Obama Bukan Muslim- Madonna

September 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Penyanyi berusia  54 tahun itu mengeluarkan kenyataan maklum balas untuk mempertahankan ucapan yang telah beliau lakukan dengan mendakwa beliau telah membuat kenyataan yang salah dengan mempercayai bahawa Obama adalah seorang muslim.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau sedang ironis di atas pentas dan mengetahui bahawa Obama bukan seorang muslim walaupun sesetengah rakyat beranggapan bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Sambung beliau, paling utama beliau ingin menegakkan kenyataan bahawa Obama merupakan seseorang yang baik. Beliau tidak peduli agama apa yang dianuti oleh Obama malah siapa yang disembah, beliau hanya ingin menumpukan kenyataan bahawa Obama seorang yang baik .

Pada konsert baru-baru ini, Madonna telah mencetuskan kontroversi baru dengan menanggalkan pakaian dan mendedahkan tulisan perkataan Obama di belakang badannya.