Pelakon, Rykarl Iskandar tampil memohon maaf selepas individu meluahkan rasa kurang senang dengan pembawakan wataknya yang dikatakan berlebihan dalam drama terbarunya.

Artikel Berkaitan: Rykarl Iskandar Kesal Dituduh Pembuli – ‘Saya Tetap Akan Pertahankan Diri’

Minta maaf

Menerusi komen di Threads, Rykarl menjelaskan gaya lakonannya sedemikian kerana watak Umar dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman memerlukan penghayatan sebegitu.

Untuk watak Umar, memang begitulah pembawakannya.

Maaf kan Rykarl kalau dah sebabkan wujudnya perasaan benci tu.

Rykarl yang dilihat terkilan dengan komen itu turut mengatakan dirinya bukanlah pelakon yang baik.

Bagaimanapun, dia berjanji untuk terus memperbaiki mutu lakonannya dalam projek-projek akan datang.

Rykarl tahu, saya bukan pelakon yang baik pada mata dan hati anda semua.

Insya-Allah untuk projek yang akan datang Rykarl akan ubah.

Terdahulu, seorang individu secara terbuka menegur gaya lakonan Rykarl yang dikatakan agak berlebihan sehingga membuatkan penonton berasa ‘turn off’ untuk menonton drama tersebut.

Sumber: Threads