Penyanyi Osama Yamani mengakui tidak berkecil hati dengan teguran dan nasihat daripada adiknya, Zaki Yamani.

Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Nafi Gaduh Dengan Osama – ‘Bulan Lepas Baru Jumpa, Makan Pizza’

Artikel Berkaitan: Osama Yamani Mahu Bina Identiti Sendiri – ‘Aku Dah Hidup Lama Atas Nama Jamal Abdillah’

Osama tak berkecil hati

Menerusi hantaran di Threads, Osama yang juga anak kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah berkata, dia menerima pandangan itu dengan hati terbuka.

Niat dan doa dia inginkan saya lebih itu lebih mulia. Sebagai abang, saya tak perlu nak berkecil hati, malah saya ambil nasihat dan pendapat daripada dia dengan hati terbuka.

Ujar Osama lagi, teguran tersebut akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk dia terus memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

Demi kejayaan masa depan, tak salah dengar nasihat orang lebih muda. Dan sebagai abang, perlu turunkan ego demi perbaiki diri untuk masa akan datang.

Imbas kembali, Zaki sebelum ini berharap Osama lebih aktif menghasilkan kandungan digital, termasuk bersama bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah.

Bagaimanapun Zaki menegaskan, kandungan bersama Jamal dibuat sekadar untuk berkongsi momen santai keluarga dan bukan bertujuan menumpang populariti bapanya.

Sumber: Threads