berita

Saya Tak Beromen Pun – Komen Panas Ozlyn Tentang Aksi Cium Mulut Di #ABPBH2014

April 7th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

ozlyn

Sepanjang #ABPBH2014 yang berlangsung hujung minggu lalu, banyak cerita panas yang kami terima. Yang paling top top meletop adalah kes cium mulut Johan dan isterinya, Ozlyn.

Dek kerana itu, panas seketika laman-laman sosial dengan komen-komen yang menghentam pasangan ini.

Artikel Berkaitan: Apa Penonton Kata Apabila Johan Cium Mulut Isterinya Di #ABPBH2014?

Namun, melalui kiriman email yang baru kami terima sebentar tadi, isteri Johan ada membuat kenyataan balas kepada pengikut-pengikut instagram yang masih lagi tak boleh move on dengan insiden ini.

Saya Tak Beromen Pun – Ozlyn

johan-cium-mulut-ozlyn

Fuh! Panas betul ruangan komen di IG Ozlyn. Mana taknya, kenyataan yang diberikan Ozlyn memang menikam dan menusuk kalbu. Kami yang baca ni pun terkedu.

Mungkin Ozlyn bengang dengan segala cemuhan yang diterima. Iyalah, peminat pun ada yang memberi teguran melampau. Kan dah kena sound setepek dengan Ozlyn.

ozlynjawab2

Saya Tak Perlu Orang Warak Seperti Kamu – Ozlyn

johan

Hmm, yang lebih menarik perhatian kami apabila Ozlyn berbalas komen dengan seseorang. Siap minta pengikut tu jumpa berdepan.

Yang lucunya, pengikut tersebut siap boleh sahut ‘jemputan’ Ozlyn.

ozlynjawab1

Kami tak mahu cakap siapa betul siapa salah. Harapan kami, semua pihak, baik Johan, Ozlyn mahupun peminat ambil iktibar dari perkara ini.

Yang baik kita jadikan sandaran, yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×