berita

‘Saya Tak Boleh Berkawan Dengan Wanita Sebab Saya Cantik & Mereka Cemburu’

January 17th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan mendakwa tidak mempunyai rakan baik wanita hanya kerana dirinya memiliki rupa paras yang cantik.

‘Saya tak ada ramai kawan wanita’

Memetik laporan Mirror UK, Ariana yang juga merupakan seorang bintang TikTok (TikTokers) memiliki hampir 50,000 pengikut di aplikasi TikTok mendakwa kehidupannya ‘tidak sempurna’ sehingga menyukarkan dirinya untuk mencari rakan wanita kerana dirinya begitu cantik.

Saya tak boleh berkawan dengan perempuan sebab saya cantik dan mereka cemburu. Ianya sangat sunyi.

Dakwanya, kebanyakan para wanita enggan mendekati apatah lagi berkawan dengannya kerana cemburu dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada dirinya. Ariana mengaku ‘pretty privilege’ atau ‘keistimewaan untuk orang cantik’ itu memang wujud dan kadangkala membuat kehidupan mereka lebih mudah tetapi di sebaliknya terdapat juga aspek negatif.

Terdapat juga sisi buruk yang tidak ada siapa pernah cakap dan sekarang saya akan bercakap berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang wanita.

Saya tidak ada ramai kawan wanita. Ini yang saya sedang bergelut sekarang dan saya tidak faham kenapa boleh berlaku.

‘Tak boleh ke kita berkawan?’

Dakwa Ariana lagi, dia berdepan dengan masalah ini sejak di bangku sekolah hinggalah ke peringkat universiti. Bercerita dengan lebih lanjut, Ariana memaklumkan kebanyakan para wanita yang cuba mendekatinya akan meninggalkan dirinya dan mula bercakap di belakangnya sedangkan dia sentiasa bersikap baik dan tidak pernah sekali pun hipokrit.

Disebabkan itu, Ariana mengakui dia memiliki lebih ramai kawan lelaki berbanding wanita. Menurut Ariana, sehingga kini dia masih belum mendapat jawapan mengapa orang tidak menyukainya meskipun individu itu belum pernah bertemu dengannya secara bersemuka.

Ia menjadi sunyi kerana saya bosan dengan wanita menganggap kita semua berada dalam pertandingan sedangkan kita semua cantik. Tak boleh ke kita berkawan?

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji keberanian Ariana menyuarakan pendapatnya berhubung isu tersebut. Mereka turut bersimpati dengan nasib yang dilalui Ariana. Mereka berpendapat meskipun memiliki wajah yang cantik tetapi ianya bukanlah satu ‘tiket’ yang mampu menjamin kebahagiaan seseorang.

Sumber: Mirror UK, The Sun

SKIP THIS AD ×