berita

Saya Tak Boleh Blah Bila Orang Nak Menyibuk Je – Hazama Berang Gambar Berpeluk Dengan Kekasih Ditegur Peminat

May 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

hazama-7

Sekarang ni musim bercuti agaknya, buka sahaja laman sosial mesti ada gambar percutian dikongsikan artis-artis tempatan. Tak kiralah bersama suami, isteri, adik-beradik ataupun kekasih masing-masing.

Tak terkecuali, penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia (AF), Hazama juga dilihat sedang seronok berada di Boston, Amerika Syarikat.

Bukan pergi seorang diri, tetapi Hazama terbang ke sana bersama kekasih hati, Genervie Kam dan ahli keluarga teman wanitanya itu. Amboi, sesi mengeratkan silaturrahim ke?

Namun, bukan itu yang menjadi pertikaian sekarang ini, sebaliknya sekeping gambar mesra Hazama dan Genervie yang dimuat naik di Instagram semalam telah mengundang pandangan serong dari segelintir peminat.

hazama-8

Menerusi ruangan komen di gambar tersebut, ada yang cuba menasihati Hazama agar menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan.

SC20140507-125151

Hazama bagaimanapun membalas komen tersebut dengan kenyataan sinis dan seakan berang apabila masyarakat sering mencari kesalahannya.

Kat ig sy ni… Sy tak kisah jika ada org nak letak iklan ke apa ke… Sy sokong org yg buat perkara yg berfaedah… Cume sy tak leh blah bila org nak menyibuk je… Tunjuk baik… Nak tgk gambar sy silakan… Sy tak kisah… :) ig ni memang tempat utk org tgk gambar pun… Tp klu nak cr dosa sy… Minta maaf la… Sy tak berkenan.

SC20140507-125232

Tidak lama kemudian, Hazama memuat naik sekeping foto lain menunjukkan imej kaki berserta caption; ‘Haa mesti tak jadi isu :)’ dipercayai bertujuan untuk menyindir.

hazama-6

Sekadar mengimbas kembali, Hazama dan Genervie yang juga seorang pemuzik dan tenaga pengajar Akademi Fantasia mula menjalin cinta sekitar penghujung tahun lalu.

Ketika itu, terdapat khabar angin yang mendakwa Genervie merupakan punca keretakan hubungan Hazama dengan bekas kekasihnya namun penyanyi yang popular menerusi lagu Penglipur Lara itu menafikannya.

SKIP THIS AD ×