berita

‘Saya Tak Ingin Bermadu’ – Pernah Dedah Kecurangan Suami Bersama Rakan Karib, Kini Hana…

January 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, seorang isteri yang dikenali sebagai Hana mendedahkan tentang kecurangan suami bersama kawan baiknya, iaitu Yaya. Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Hana itu dinafikan oleh wanita tersebut. Tidak terhenti di situ sahaja, Baa Azhar iaitu lelaki yang dikaitkan dengan kontroversi itu kemudiannya tampil dan mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui oleh Hana.

Terbaru, Hana telah memuat naik satu posting di laman Instgramnya sehingga menimbulkan persoalan tentang status rumah tangganya bersama suami ketika ini.

Keputusan muktamad

https://www.instagram.com/p/B73XNRSprbP/?utm_source=ig_web_copy_link

Di dalam posting yang dimuatnaik olehnya itu, Hana dilihat berada di hadapan bangunan Mahkamah Syariah Terengganu sambil berpakaian lengkap serba hitam.

Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu, Hana menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak akan sama sekali bermadu dan katanya, keputusan tersebut adalah muktamad.

Dia kemudiannya turut meminta agar para pengikutnya di laman Instagram mendoakan kebahagiannya selepas ini.

Dapat sokongan netizen

Di ruangan komen, Hana berkata meskipun dakwaan bahawa suaminya telah mengahwini rakan karibnya itu dinafikan, namun katanya kebenaran pasti akan terbukti jua kelak. Kenyataan Hana itu sebagai respon kepada komen yang dibuat salah seorang pengikutnya di Instagram berkenaan status sebenar di antara suaminya dan Yaya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar wanita ini diberikan kecekalan dalam menghadapi ujian mendatang dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan selepas ini.

Sumber: Instagram Hannabaa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×