berita

“Saya Tak Menyesal Terlanjur Cakap, Ini Hanya Dugaan” – Anzalna Nasir

July 2nd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Selesai sidang akhbar yang berlangsung penuh dramatik tengahari tadi, Anzalna dilihat bergegas keluar selepas ditemubual sebentar oleh Melodi. Namun, OHBULAN! dan beberapa rakan media lain berjaya menghubungi Anzalna.

“Puas hati lah juga dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Saya memang mahu bersalam dengan dia (Neelofa), namun dia kelihatan seperti tidak setuju,” ujar Anzalna ketika ditanya mengenai situasi yang berlaku.

Anzalna turut menyuarakan perasaan syukurnya selepas perkara ini yang telah mencemarkan imejnya telah pun selesai dengan aman tanpa perlu dipanjangkan lagi.

“Bagi saya, ini semua hanyalah dugaan. Benda ini terjadi pada saya terlalu awal, jadi lepas ni saya akan lebih berhati-hati apabila memberi kenyataan pada media. Alhamdulillah ianya berlaku awal pada saya, jadi saya akan belajar dari kesilapan.

“Saya pun tak mahu panjangkan cerita, kalau Neelofa mahu saya minta maaf bersyarat, saya ikut saja sebab itu jalan yang terbaik,” ujar Anzalna lagi.

Ditanya adakah Anzalna menyesal dengan kenyataannya pada Berita Harian yang telah menyebabkan isu ini terjadi. Pantas Anzalna menjawab, “Saya tak menyesal terlanjur cakap, ini hanya dugaan. Saya redha dan tabah menghadapinya.”

Dibawah adalah skrip permohonan maaf Anzalna Nasir terhadap Neelofa.

SKIP THIS AD ×