berita

‘Saya Tak Pernah Berubah’ – Anzalna

June 13th, 2012 | by M
Kini Trending

“Saya hadir ke industri hiburan ini untuk mencari rezeki dan bukannya mengejar populariti. Saya masih Anzalna yang sama dan berharap pihak OHBULAN tidak mempunyai tanggapan yang sebaliknya,” kata beliau melalui panggilan telefon kepada Pengarang Urusan OHBULAN, lewat petang semalam.

Anzalna, pelakon drama bersiri Amukan Pocong ini berkata sedemikian sebagai respon kepada artikel berjudul ‘Kenapa Baru Sekarang Anzalna?‘ yang diterbitkan semalam.

Beliau menambah lagi, “Saya menerima teguran ini dengan hati yang terbuka serta akur bahawa setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.”

Kagum betul kami dengan keikhlasan Anzalna untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada pihak OHBULAN. Kami doakan agar Anzalna terus maju dalam industri lakonan ya! Cheers!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×