
Pelakon, Fatin Afeefa menyifatkan situasi dirinya tidak berada dalam kumpulan WhatsApp keluarga suaminya sebagai perkara yang biasa.
Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Tungakan Nafkah Anak Lebih RM48k, Fatin Afeefa Respon – ‘Perintah Allah Tak Dipeduli’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Nafkah Anak Dinaikkan – ‘Tidak Lagi Bergantung Pada Ibu Saja’
Fatin anggap ‘normal’
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mempersoalkan sama ada situasi suaminya tidak memasukkannya ke dalam kumpulan keluarga selepas baru mendirikan rumah tangga merupakan perkara normal.
Saya baru sahaja bernikah, normal ke kalau suami tak masukkan kita dalam group WhatsApp keluarga dia?
Hantaran tersebut menarik perhatian Fatin yang tampil berkongsi pengalaman sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Aliff Awang, dia mengakui tidak pernah meminta untuk dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga pihak suaminya.
Dah tiga tahun saya berkawin, tak pernah pun saya minta nak masuk group family suami.
Tiada manfaat
Dalam masa sama, aktres drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu berpandangan bahawa kehadirannya dalam kumpulan tersebut tidak membawa sebarang manfaat.
Kalau saya ada dalam group family suami pun tak ada manfaat.
Saya jenis susah reply.
Sumber: Threads